Selasa, 20 Januari 2015

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARA ALAM SEKITAR DI MALAYSIA.


PENCEMARAN UDARA

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara ialah menghijaukan kawasan. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan dipersekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu,kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya . 

Kedua ialah penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga daoat mengelakkan masalah kesihatan seperti habuk dan selesema daripada berlarutan .

Ketiga ialah program kitar semula . Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar , majalah lama , kertas terpakai dan kotak kertas . Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru .

Bincangkan Keprihatinan Malaysia Ke Arah Memelihara Alam Sekitar


Bincangkan keprihatinan Malaysia Ke Arah Alam Sekitar

Pengenalan

Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan .
Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar . Seiring dengan berkembangnya teknologi,perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang telah memberi kesan kepada alam sekitar .

Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan,difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .

Kesan kepasa alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut . Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami,kemarau,banjir besar,gempa bumi,tanah runtuh,banjir lumpur,banjir kilat dan sebagainya . Bencana alam ini telah berlaku diseluruh dunia .